Translate

Thursday, 5 November 2015

Penulisan bentuk Circle Style

last but not least, Penulisan bentuk circle style....



Demam Kepialu diisytiharkan tamat jika tiada kes baharu

KUALA LUMPUR : Wabak demam kepialu (tifoid) akan diisytiharkan tamat sekiranya tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ini berikutan demam kepialu masih terkawal selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 Oktober lalu.
Beliau berkata, hasil siasatan awal menunjukkan kes-kes berkenaan mempunyai sejarah mengambil makanan atau minuman di sekitar ibu negara termasuk Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
 Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian dilaporkan sejak peningkatan kes luar biasa dikesan bermula awal Ogos lepas.
Beliau berkata, 1,054 premis makanan diperiksa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Daripada pemeriksaan itu, 267 premis ditutup kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih manakala 247 kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 atau Undang-undang Kecil DBKL.
 Katanya 4,326 pengendali makanan diperiksa terdiri daripada 2,349 warga Malaysia manakala 1,977 bukan warganegara.
 "Seramai 749 daripada mereka tiada bukti pelalian mencegah tifoid yang sah laku iaitu 222 adalah warganegara dan 527 bukan warganegara," katanya.
Bagi meningkatkan keberkesanan kawalan dan memastikan rangkaian jangkitan penyakit dapat diputuskan segera, Dr Noor Hisham berkata Op Kepialu dijalankan bersama JKWPKL dan DBKL meliputi hampir kesemua premis makanan di sekitar ibu negara.

Katanya lagi, sudah tiga minggu berlalu dan jika lagi tiga minggu lagi tiada kes baharu, maka wabak itu terkawal dan "outbreak" ini telah tamat dan kegiatan operasi premis makanan akan berjalan seperti biasa.




Penulisan bentuk Hourglass

ok sekarang ini kita tgk pula penulisan bentuk hourglass.



Kes demam kepialu bertambah mendadak di Kuala 

Lumpur 


PETALING JAYA: Kes demam kepialu, atau tifoid, meningkat mendadak di Malaysia, dengan 32 dilaporkan di Kuala Lumpur sejak Ogos lalu.
Kementerian Kesihatan sedang berusaha mencari sumber jangkitan itu, tetapi pendatang tanpa izin yang bekerja sebagai pengendali makanan di Kuala Lumpur sedang dilihat mungkin sebagai penyebabnya.
"Masalah ini mungkin terletak pada pekerja tanpa izin yang sama sekali tidak diperiksa secara perubatan dan mereka menjadi pembawa penyakit ini," kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya.
Demam kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi dan merebak dengan memakan makanan atau air tercemar dengan najis orang yang dijangkiti.
Penyakit itu biasanya lebih kerap berlaku di kawasan luar bandar.
Datuk Seri Hilmi berkata sedang pekerja asing perlu menjalani pemeriksaan perubatan Fomema sebelum disahkan untuk pekerjaan, pekerja tanpa izin tidak tertakluk pada suntikan antitifoid wajib.
Menurutnya, terdapat campuran penduduk tempatan dan warga asing yang dijangkiti penyakit itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, pula berkata keadaan terkawal, tetapi beliau menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah bagi memastikan kebersihan diri dan tidak mengambil makanan atau makan di tempat tidak selamat.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur mencatat tujuh kes demam kepialu pada minggu pertama Ogos.
Orang terlibat ialah pekerja yang tinggal di Cheras dan bekerja di pusat bandar.
Sejak itu, lebih banyak kes dilaporkan, menjadi 32 di Titiwangsa, Kepong, Lembah Pantai and Cheras pada 18 Oktober.

Penulisan bentuk Inverted Pyramid

kali ini saya dan bebudak kelas saya ada tugasan individu yang perlu disiapkan,..
utk kelas PENULISAN KORPORAT SCCA 2053

kelas kami di di ajar oleh Lecturer yg paling baik iaitu DR Amir.
kami sekelas diminta untuk menulis artikel berbentuk laporan berita.
Artikel berita yang sama tetapi menggunakan pendekatan teknik penulisan yang berbeza iaitu Inverted Pyramid, Hourglass dan Circle Style


ok marilah kita melihat tugasan pertama saya  :)

Kementerian umum 32 kes demam kepialu di Kuala Lumpur

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang akhbar yang dijalankan dilobby bangunan parlimen berkenaan dengan kes tertinggi demam kepialu. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong sebanyak 8 kes, 4 kes di Lembah Pantai dan 4 kes di Cheras.

permulaan kes ini adalah berdasarkan pekerja asing yang bekerja di ibu negara ini dan bermula dari Cheras. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut," kata Noor Hisham dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Menurut Noor Hisham, demam kepialu atau tifoid berpunca daripada bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman.


"Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara 1 hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.


Sunday, 26 July 2015

hari PRESENTATION..

salam dan Selamat Hari Raya...

huhuh Hari ni 10 syawal,..x puas nk beraya lagi tapi dah kene pegi kelass,...Hari ni ada kelas pn Latty dan hari ni merupakan hari presentation. Dalam last kelas ada aku mention kan tentang group presentation (ala yang kumpulan aku memilih HyypTv)..

Masuk-masuk kelas je pn Latty telah bertanya tentang Kuih raya,,hahhahahah. aku takde la nk bawak sebab kelas dari pagi..Mereka yang lain ada la bawak kuih raya untyuk puan..ada kuih, ada lemang dan kuih kacang..


Displaying DSC_1310.JPG
isk isk isk.. pn Latty..hihi

lepas makan sikit, kumpulan kami membuat presentation yang pertama... ok la agak nervous gak..


 Displaying DSC_1318.JPG
tu wawa, am, yana dan arep...





Displaying DSC_1314.JPG
hihihihi

ok nak cerita sikit pasal tajuk kami ni... ok tajuk HyppTv ni. HyppTv ni merupakan salah satu produk TM dan HyppTv ni didatangkan sekali dengan pakej UNIFI. yela macam best gak sebab pakej TV didatangkan sekali dengan Internet dan channel mempunyai lebih 60 channel dengan kelajuan 5mbps / 10mbps / 15mbps.. satu hebat tentang HyppTv ni ialah ianya tak menggunakan satelit seperti Astro.. ianya menggunakan kabel optik, sebab itu xda masalah kalau hujan atau ribut ke dan takde la siaran terganggu kan?..bila buat assignment ni barulah tau kelebihi HyppTv ni..

Displaying DSC_1317.JPG

sesambil tu gak,..kami semua dalam kelas makan la semua ape yang ada..kuih, lemang ..hikhikhik


Displaying DSC_1316.JPG


ok la..kenyang sudahhh..chowww

UNDANG - UNDANG SIBER DI MALAYSIA...

salam,...

pada perjumpaan kelas pada tarikh ni aku tidak pergi ke kelass memandangkan balik kampung.. Emak dan Ayah menyuruh balik berbuka puasa dan membuat doa selamat sikit..

aku sudah memaklumkan pada Pn Latty tentang ketidakhadiran aku pada kelas tersebut dan fuhhhhh sib baikk pn Latty memahami...(sayanggggg puan)

tapi menurut wawa (dia pergi ke kelas) minggu ni kami belajar tentang Undang - Undang Siber di Malaysia.

Banyak dah ketinggalan bab ni..maka jadinya aku harus study bab ni nnt..hihih dan terima kasih wawa sbb updates..muah ciked..

kelas COMMUNICATION NETWORK....

Hi uolls,

Pada kelas kali ini bersama puan LATTY (panggilan manja kami kepada puan) pada bulan puasa. Penat dan lapar..hihihiih. kami belajar tentang Communication Network, subjek yang amat menarik skali..

Pn Latty telah memberi tugasan berkumpulan kepada kami tentang setiap kumpulan harus memberikan serta menerangkan tentang blog, web, video conferencing, email dan sebagainya. Cam biasalah group aku terdiri dari Yana, Am, Wawa dan Arep...

Setelah sesi pembelajaran, pn Latty telah membuka satu sedutan cerita filem Hollywood yang bertajuk "The Intenship" filem yang menarik dan telah dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Owen Wilson dan Vince Vaugh..


Selepas menonton filem tersebut pn Latty telah memberikan tugas kepada kami untuk mengulas tentang filem itu.... Sepertimana aku ni peminat tegar segala filem hollywood dan telah melihat filem ini sebelum ini, maka kacang lah bagi aku untuk menghuraikan tentang filem ni,,huhuhuhh


Displaying IMG-20150620-WA0053.jpg
gambar diatas menunjukkan group aku sedang mengulaskan tentang filem tu..

Kemudiannya, Pn Latty telah memberikan pula tugasan kumpulan untuk presentation. Kami semua harus memilih salah satu syarikat penyiaran yang ada di Malaysia ini.. semua orang berebut-rebut untuk memilih syarikat yang ada..Astro, TV3, RTM,..Al hijrah semua la mereka kumpulan laini dah pilih...Jadi makanya kumpulan kami telah memilih jeng jeng jeng...... HyypTv untuk tugasan kumpulan kami..

Displaying IMG-20150620-WA0060.jpg
Am dan aku sedang gigih mencari bahan tau.. anak sapa la ni....hihi



Displaying IMG-20150620-WA0058.jpg
itu lah die Pn Latty.. slim kan?...

waktu berbuka hampir tiba,..dan haruslah pn Latty membenarkan kami keluar awal untuk berbuka,...dan kami berbuka bersama pn Latty skali... makan di restoren Rosdet blakang chow kit nihh.. Setelah mengorder makanan, kami pun menuju ke bazar ramadhan yang berada di jalan belakang je pun. masa yang diambil untuk berjalan kaki hanya 10 minit je pun...tak penat pun..

gambar ni aku pun pening tgk...x boleh nk rotate..

Displaying IMG-20150620-WA0061.jpg
haaa tu diaaa,..Pn Latty

Displaying DSC_1078.JPG
jalan kaki ke bazar....

Displaying DSC_1081.JPG
bagi aku la,...ini la bazar ramadhan yg paling havoc aku g..panjang dan byk pilihan..

so skang sampai disini sahaja updates tentang minggu ni.. tata.



Friday, 5 June 2015

MINGGU KEDUA BERSAMA PN LATIFAH....

Salam,..

Haaa pada entry kali ni,.. aku nak bercerita pasal minggu kedua kelas aku bersama Pn Latifah aka Lect paling sempoi, Lect paling hot dan kool yang mengajar aku untuk subjek PENGHANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI / MEDIA..

Pada minggu kedua kelas aku,..Pn Latifah telah menyuruh kami untuk membuat group. Minggu ni dimaklumkan khas untuk presentation sahaja,...Seperti biasalah, group aku terdiri dari Aku, yana, wawa, arep dan am.. kami disuruh untuk membincangkan serta membuat presentation bertajuk ERA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI DI MALAYSIA....

ini adalah muke aku kusyuk mencari bahan utk presentation..

seperti biasalah sebelum memerah otak, kami berlima ni akan berwefieee... heheheh mmg sudah sebati gamaknya dalam darah kitorg ni. 



Seterusnya pembahagian tugas antara kami untuk mencari bahan-bahan presentation,..ingatkan senang tapi susah gak la mencari susur atur ayat dan bahan-bahan. Masa yang dibagi pun tidak la lama singkat je..tapi tau la kami ni semua suke tertangguh-tangguh....

sorg sebuk ngan layan lagu, sorang sibuk ngan whatsapp, sorang sebuk ngan tunang kol..hihihi tapi kami tetap dapat siapkan slide untuk presentation ontime.. hebat gak kami ni!!!

Tapi dalam group ni kami ada "Ibu Roti"... die la yang akan selalu menjadi reminder kepada kami semua dalam menyiapkan eseimen dan segalanya berkenaan dengan UUM.. Ibu Roti tersebut tak lain dan x bukan adalah Yana.. (sayang yana ketat-ketat)

Kami memilih untuk menjadi group pertama mem "present" slide kami... sbb kalau korg nk tau kami ni mmg x suke nak jadi org last2 sbb cepat setel cepat lega.. kami pun present la.. ..

ini adalah gambar presentation group kami.... (AM,AREP,WAWA,AKU & YANA)

Isi dalam presentation kami ni menyeluruh kepada sejarah maklumat dan teknologi komunikasi di malaysia... dari zaman batu hingga ke zaman sekarang ni...

dalam presentation kami juga kami menyampaikan maklumat2 serta kebaikkan dan keburukkan teknologi komunikasi ni..Apa pun aku mmg enjoy present begitu juga group member aku nih....

Yang penting aku x sabar untuk memasuki kelas ke3 bersama Pn Latifah dan akan aku hapdet di entry akan datang... Ho Yeahhhhhh 

Chow cincauuuuu 



Tuesday, 19 May 2015

PENGHANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI / MEDIA - SCCT1023

Haaa,.. kalau korang semua nak tau ape tajuk diatas tu, itu adalah subjek klass aku di UUM. Aku sudah semester ke-4 dalam pengajian aku ni..jurusan yang diambil oleh aku adalah Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian.

Haaa bukan senang bekerja sambil belajar ni tau,...banyak kene hadapi. Penat, tak cukup rehat, masa terluang pun tiada tau. Tapi demi masa depan, aku hadap je la dan bersabar je. 

Dalam sem ke-4 ni, kitorang sekelas telah masuk fasa aliran subject "core" iaitu subject Penghantar Teknologi Komunikasi / Media-SCCT 1023. Nama Lecturer yang mengajar aku adalah Pn Latifah, manis orangnya. Orangnya comel je dan sudah berkahwin ye rakan-rakan sekalian, hehehhe kiranya dia boleh dikatakan "sporting" sebab cara dia mengajar amatlah sempoi.


Memula masuk kelas, Pn Latifah terus bertanyakan kat kitorg Apa itu maksud Komunikasi?... ermmm semua terbangang - bangang la nak menjawab. hahhahah 

Ok la,..mengikut Pn Latifah, Komunikasi adalah :-

*         "Komunikasi adalah proses yang melibatkan individu-individu dalam suatu hubungan, kelompok, organisasi dan masyarakat yang merespon dan menciptakan pesan untuk beradaptasi dengan lingkungan satu sama lain."

Bab 1 ni kami belajar apa itu KOMUNIKASI dan juga model-model Komunikasi. Dalam bab 1 ini baru aku tau apa maksud komunikasi mengikut sukatan subjek ini dan juga model-modelnya.

salah satu model yang terkenal yang aku pelajari dan pahami  adalah seperti berikut :- 




Ini adalah Model SHANNON-WEAVER


        Pola komunikasi yang diterapkan adalah komunikasi satu arah yang berlangsung tanpa ada timbal balik secara langsung.


      Apabila adanya hambatan (noise) dalam berkomunikasi, dapat mengganggu keefektifan
      dari proses komunikasi.

Kitorang belajar tentang Teknologi Komunikasi dan apa maksudnya.


TEKNOLOGI KOMUNIKASI - segala hal yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu                                              untuk memproses dan memindahkan data dari satu peringkat                                         yang lain ke satu peringkat.


Dan juga kitorang memahami apa itu maksud Teknologi:-



Secara amnya - teknologi adalah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu. Adalah corak utk satu-satu tindakan yang bertujuan mengurangkan ketidakpastian dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini.


Dalam Bab 2 pula kitorg belajar tentang Sejarah dan perkembangan media cetak dan media elektronik (telefon, radio dan television). Kemudian kitorang belajar juga tentang sejarah dan perkembangan media baru dan sejarah perkembangan media komunikasi di Malaysia.

so far subjek ini amatlah menarik perhatian aku kerana ianya tidak membosan kan dan juga aku boleh memahami tentang komunikasi ni lebih lanjut. Ermmmm rasanya tak sabar pula aku nak tunggu minggu depan bab 3.

So,..itu je la update aku tentang subjek ini utk bab1 & 2.

so chow..ketemu lagi ya.