Translate

Thursday, 5 November 2015

Penulisan bentuk Circle Style

last but not least, Penulisan bentuk circle style....



Demam Kepialu diisytiharkan tamat jika tiada kes baharu

KUALA LUMPUR : Wabak demam kepialu (tifoid) akan diisytiharkan tamat sekiranya tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ini berikutan demam kepialu masih terkawal selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 Oktober lalu.
Beliau berkata, hasil siasatan awal menunjukkan kes-kes berkenaan mempunyai sejarah mengambil makanan atau minuman di sekitar ibu negara termasuk Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
 Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian dilaporkan sejak peningkatan kes luar biasa dikesan bermula awal Ogos lepas.
Beliau berkata, 1,054 premis makanan diperiksa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Daripada pemeriksaan itu, 267 premis ditutup kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih manakala 247 kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 atau Undang-undang Kecil DBKL.
 Katanya 4,326 pengendali makanan diperiksa terdiri daripada 2,349 warga Malaysia manakala 1,977 bukan warganegara.
 "Seramai 749 daripada mereka tiada bukti pelalian mencegah tifoid yang sah laku iaitu 222 adalah warganegara dan 527 bukan warganegara," katanya.
Bagi meningkatkan keberkesanan kawalan dan memastikan rangkaian jangkitan penyakit dapat diputuskan segera, Dr Noor Hisham berkata Op Kepialu dijalankan bersama JKWPKL dan DBKL meliputi hampir kesemua premis makanan di sekitar ibu negara.

Katanya lagi, sudah tiga minggu berlalu dan jika lagi tiga minggu lagi tiada kes baharu, maka wabak itu terkawal dan "outbreak" ini telah tamat dan kegiatan operasi premis makanan akan berjalan seperti biasa.




No comments:

Post a Comment