Translate

Thursday, 5 November 2015

Penulisan bentuk Circle Style

last but not least, Penulisan bentuk circle style....



Demam Kepialu diisytiharkan tamat jika tiada kes baharu

KUALA LUMPUR : Wabak demam kepialu (tifoid) akan diisytiharkan tamat sekiranya tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ini berikutan demam kepialu masih terkawal selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 Oktober lalu.
Beliau berkata, hasil siasatan awal menunjukkan kes-kes berkenaan mempunyai sejarah mengambil makanan atau minuman di sekitar ibu negara termasuk Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
 Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian dilaporkan sejak peningkatan kes luar biasa dikesan bermula awal Ogos lepas.
Beliau berkata, 1,054 premis makanan diperiksa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Daripada pemeriksaan itu, 267 premis ditutup kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih manakala 247 kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 atau Undang-undang Kecil DBKL.
 Katanya 4,326 pengendali makanan diperiksa terdiri daripada 2,349 warga Malaysia manakala 1,977 bukan warganegara.
 "Seramai 749 daripada mereka tiada bukti pelalian mencegah tifoid yang sah laku iaitu 222 adalah warganegara dan 527 bukan warganegara," katanya.
Bagi meningkatkan keberkesanan kawalan dan memastikan rangkaian jangkitan penyakit dapat diputuskan segera, Dr Noor Hisham berkata Op Kepialu dijalankan bersama JKWPKL dan DBKL meliputi hampir kesemua premis makanan di sekitar ibu negara.

Katanya lagi, sudah tiga minggu berlalu dan jika lagi tiga minggu lagi tiada kes baharu, maka wabak itu terkawal dan "outbreak" ini telah tamat dan kegiatan operasi premis makanan akan berjalan seperti biasa.




Penulisan bentuk Hourglass

ok sekarang ini kita tgk pula penulisan bentuk hourglass.



Kes demam kepialu bertambah mendadak di Kuala 

Lumpur 


PETALING JAYA: Kes demam kepialu, atau tifoid, meningkat mendadak di Malaysia, dengan 32 dilaporkan di Kuala Lumpur sejak Ogos lalu.
Kementerian Kesihatan sedang berusaha mencari sumber jangkitan itu, tetapi pendatang tanpa izin yang bekerja sebagai pengendali makanan di Kuala Lumpur sedang dilihat mungkin sebagai penyebabnya.
"Masalah ini mungkin terletak pada pekerja tanpa izin yang sama sekali tidak diperiksa secara perubatan dan mereka menjadi pembawa penyakit ini," kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya.
Demam kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi dan merebak dengan memakan makanan atau air tercemar dengan najis orang yang dijangkiti.
Penyakit itu biasanya lebih kerap berlaku di kawasan luar bandar.
Datuk Seri Hilmi berkata sedang pekerja asing perlu menjalani pemeriksaan perubatan Fomema sebelum disahkan untuk pekerjaan, pekerja tanpa izin tidak tertakluk pada suntikan antitifoid wajib.
Menurutnya, terdapat campuran penduduk tempatan dan warga asing yang dijangkiti penyakit itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, pula berkata keadaan terkawal, tetapi beliau menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah bagi memastikan kebersihan diri dan tidak mengambil makanan atau makan di tempat tidak selamat.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur mencatat tujuh kes demam kepialu pada minggu pertama Ogos.
Orang terlibat ialah pekerja yang tinggal di Cheras dan bekerja di pusat bandar.
Sejak itu, lebih banyak kes dilaporkan, menjadi 32 di Titiwangsa, Kepong, Lembah Pantai and Cheras pada 18 Oktober.

Penulisan bentuk Inverted Pyramid

kali ini saya dan bebudak kelas saya ada tugasan individu yang perlu disiapkan,..
utk kelas PENULISAN KORPORAT SCCA 2053

kelas kami di di ajar oleh Lecturer yg paling baik iaitu DR Amir.
kami sekelas diminta untuk menulis artikel berbentuk laporan berita.
Artikel berita yang sama tetapi menggunakan pendekatan teknik penulisan yang berbeza iaitu Inverted Pyramid, Hourglass dan Circle Style


ok marilah kita melihat tugasan pertama saya  :)

Kementerian umum 32 kes demam kepialu di Kuala Lumpur

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang akhbar yang dijalankan dilobby bangunan parlimen berkenaan dengan kes tertinggi demam kepialu. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong sebanyak 8 kes, 4 kes di Lembah Pantai dan 4 kes di Cheras.

permulaan kes ini adalah berdasarkan pekerja asing yang bekerja di ibu negara ini dan bermula dari Cheras. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut," kata Noor Hisham dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Menurut Noor Hisham, demam kepialu atau tifoid berpunca daripada bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman.


"Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara 1 hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.