Translate

Sunday, 26 July 2015

hari PRESENTATION..

salam dan Selamat Hari Raya...

huhuh Hari ni 10 syawal,..x puas nk beraya lagi tapi dah kene pegi kelass,...Hari ni ada kelas pn Latty dan hari ni merupakan hari presentation. Dalam last kelas ada aku mention kan tentang group presentation (ala yang kumpulan aku memilih HyypTv)..

Masuk-masuk kelas je pn Latty telah bertanya tentang Kuih raya,,hahhahahah. aku takde la nk bawak sebab kelas dari pagi..Mereka yang lain ada la bawak kuih raya untyuk puan..ada kuih, ada lemang dan kuih kacang..


Displaying DSC_1310.JPG
isk isk isk.. pn Latty..hihi

lepas makan sikit, kumpulan kami membuat presentation yang pertama... ok la agak nervous gak..


 Displaying DSC_1318.JPG
tu wawa, am, yana dan arep...





Displaying DSC_1314.JPG
hihihihi

ok nak cerita sikit pasal tajuk kami ni... ok tajuk HyppTv ni. HyppTv ni merupakan salah satu produk TM dan HyppTv ni didatangkan sekali dengan pakej UNIFI. yela macam best gak sebab pakej TV didatangkan sekali dengan Internet dan channel mempunyai lebih 60 channel dengan kelajuan 5mbps / 10mbps / 15mbps.. satu hebat tentang HyppTv ni ialah ianya tak menggunakan satelit seperti Astro.. ianya menggunakan kabel optik, sebab itu xda masalah kalau hujan atau ribut ke dan takde la siaran terganggu kan?..bila buat assignment ni barulah tau kelebihi HyppTv ni..

Displaying DSC_1317.JPG

sesambil tu gak,..kami semua dalam kelas makan la semua ape yang ada..kuih, lemang ..hikhikhik


Displaying DSC_1316.JPG


ok la..kenyang sudahhh..chowww

UNDANG - UNDANG SIBER DI MALAYSIA...

salam,...

pada perjumpaan kelas pada tarikh ni aku tidak pergi ke kelass memandangkan balik kampung.. Emak dan Ayah menyuruh balik berbuka puasa dan membuat doa selamat sikit..

aku sudah memaklumkan pada Pn Latty tentang ketidakhadiran aku pada kelas tersebut dan fuhhhhh sib baikk pn Latty memahami...(sayanggggg puan)

tapi menurut wawa (dia pergi ke kelas) minggu ni kami belajar tentang Undang - Undang Siber di Malaysia.

Banyak dah ketinggalan bab ni..maka jadinya aku harus study bab ni nnt..hihih dan terima kasih wawa sbb updates..muah ciked..

kelas COMMUNICATION NETWORK....

Hi uolls,

Pada kelas kali ini bersama puan LATTY (panggilan manja kami kepada puan) pada bulan puasa. Penat dan lapar..hihihiih. kami belajar tentang Communication Network, subjek yang amat menarik skali..

Pn Latty telah memberi tugasan berkumpulan kepada kami tentang setiap kumpulan harus memberikan serta menerangkan tentang blog, web, video conferencing, email dan sebagainya. Cam biasalah group aku terdiri dari Yana, Am, Wawa dan Arep...

Setelah sesi pembelajaran, pn Latty telah membuka satu sedutan cerita filem Hollywood yang bertajuk "The Intenship" filem yang menarik dan telah dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Owen Wilson dan Vince Vaugh..


Selepas menonton filem tersebut pn Latty telah memberikan tugas kepada kami untuk mengulas tentang filem itu.... Sepertimana aku ni peminat tegar segala filem hollywood dan telah melihat filem ini sebelum ini, maka kacang lah bagi aku untuk menghuraikan tentang filem ni,,huhuhuhh


Displaying IMG-20150620-WA0053.jpg
gambar diatas menunjukkan group aku sedang mengulaskan tentang filem tu..

Kemudiannya, Pn Latty telah memberikan pula tugasan kumpulan untuk presentation. Kami semua harus memilih salah satu syarikat penyiaran yang ada di Malaysia ini.. semua orang berebut-rebut untuk memilih syarikat yang ada..Astro, TV3, RTM,..Al hijrah semua la mereka kumpulan laini dah pilih...Jadi makanya kumpulan kami telah memilih jeng jeng jeng...... HyypTv untuk tugasan kumpulan kami..

Displaying IMG-20150620-WA0060.jpg
Am dan aku sedang gigih mencari bahan tau.. anak sapa la ni....hihi



Displaying IMG-20150620-WA0058.jpg
itu lah die Pn Latty.. slim kan?...

waktu berbuka hampir tiba,..dan haruslah pn Latty membenarkan kami keluar awal untuk berbuka,...dan kami berbuka bersama pn Latty skali... makan di restoren Rosdet blakang chow kit nihh.. Setelah mengorder makanan, kami pun menuju ke bazar ramadhan yang berada di jalan belakang je pun. masa yang diambil untuk berjalan kaki hanya 10 minit je pun...tak penat pun..

gambar ni aku pun pening tgk...x boleh nk rotate..

Displaying IMG-20150620-WA0061.jpg
haaa tu diaaa,..Pn Latty

Displaying DSC_1078.JPG
jalan kaki ke bazar....

Displaying DSC_1081.JPG
bagi aku la,...ini la bazar ramadhan yg paling havoc aku g..panjang dan byk pilihan..

so skang sampai disini sahaja updates tentang minggu ni.. tata.