Translate

Tuesday, 19 May 2015

PENGHANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI / MEDIA - SCCT1023

Haaa,.. kalau korang semua nak tau ape tajuk diatas tu, itu adalah subjek klass aku di UUM. Aku sudah semester ke-4 dalam pengajian aku ni..jurusan yang diambil oleh aku adalah Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian.

Haaa bukan senang bekerja sambil belajar ni tau,...banyak kene hadapi. Penat, tak cukup rehat, masa terluang pun tiada tau. Tapi demi masa depan, aku hadap je la dan bersabar je. 

Dalam sem ke-4 ni, kitorang sekelas telah masuk fasa aliran subject "core" iaitu subject Penghantar Teknologi Komunikasi / Media-SCCT 1023. Nama Lecturer yang mengajar aku adalah Pn Latifah, manis orangnya. Orangnya comel je dan sudah berkahwin ye rakan-rakan sekalian, hehehhe kiranya dia boleh dikatakan "sporting" sebab cara dia mengajar amatlah sempoi.


Memula masuk kelas, Pn Latifah terus bertanyakan kat kitorg Apa itu maksud Komunikasi?... ermmm semua terbangang - bangang la nak menjawab. hahhahah 

Ok la,..mengikut Pn Latifah, Komunikasi adalah :-

*         "Komunikasi adalah proses yang melibatkan individu-individu dalam suatu hubungan, kelompok, organisasi dan masyarakat yang merespon dan menciptakan pesan untuk beradaptasi dengan lingkungan satu sama lain."

Bab 1 ni kami belajar apa itu KOMUNIKASI dan juga model-model Komunikasi. Dalam bab 1 ini baru aku tau apa maksud komunikasi mengikut sukatan subjek ini dan juga model-modelnya.

salah satu model yang terkenal yang aku pelajari dan pahami  adalah seperti berikut :- 




Ini adalah Model SHANNON-WEAVER


        Pola komunikasi yang diterapkan adalah komunikasi satu arah yang berlangsung tanpa ada timbal balik secara langsung.


      Apabila adanya hambatan (noise) dalam berkomunikasi, dapat mengganggu keefektifan
      dari proses komunikasi.

Kitorang belajar tentang Teknologi Komunikasi dan apa maksudnya.


TEKNOLOGI KOMUNIKASI - segala hal yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu                                              untuk memproses dan memindahkan data dari satu peringkat                                         yang lain ke satu peringkat.


Dan juga kitorang memahami apa itu maksud Teknologi:-



Secara amnya - teknologi adalah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu. Adalah corak utk satu-satu tindakan yang bertujuan mengurangkan ketidakpastian dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini.


Dalam Bab 2 pula kitorg belajar tentang Sejarah dan perkembangan media cetak dan media elektronik (telefon, radio dan television). Kemudian kitorang belajar juga tentang sejarah dan perkembangan media baru dan sejarah perkembangan media komunikasi di Malaysia.

so far subjek ini amatlah menarik perhatian aku kerana ianya tidak membosan kan dan juga aku boleh memahami tentang komunikasi ni lebih lanjut. Ermmmm rasanya tak sabar pula aku nak tunggu minggu depan bab 3.

So,..itu je la update aku tentang subjek ini utk bab1 & 2.

so chow..ketemu lagi ya.







No comments:

Post a Comment